Sunday, July 17, 2011

Berpindah Ke Rumah Baru

Salam Semua..

Buat pengetahuan anda ohmakden.blogspot.com telah berpindah ke rumah baru iaitu ohmakden.com.


Jadi silalah melawat ke rumah baru kami.

Sekian..

Saturday, July 2, 2011

Khabar Angin Mengenai Iphone 5

Berikut adalah khabar angin mengenai Iphone 5.Nampaknya macam besh jugak,jadi sama-sama nantikan kemunculannya.

Wednesday, June 29, 2011

Mail Lambung, Ah Cai, Zamri Rockers, Fadhilah Kamcah dan Hafiz Berfacebook

Sedang aku berjalan2 di dalam Facebook terjumpa plak ade orang post nie.Aku baca2 tergelak jugak la dengan kata-kata mereka ini.Ada jer idea dorang nie nak wat lawak.Ape2 pon layan kayh~

Sumber : Lawak Facebook

Tuesday, June 28, 2011

Remaja Malaysia Menang Pertandingan Reka Artwork Linkin Park Yang Berkontroversi

Ari ini aku nak cerita pasal 1 mamat nie yang kira gempak jugak la sebab dier reka artwork untuk Band terkenal dalam dunia ini iaitu Linkin Park. Sape yang tak kenal dengan Linkin Park ini kan?Kalu tak kenal aku berani potong bulu idung aku la weh.Haha..

Jadi nama mamat ni ialah Saudara Wan Muhammad Azzim a.k.a Howazzim nama samarannya di devientart.com yang berasal dari melaka yang mereka artwork Linkin Park "Iridescent".Memang salute abes la dekat mamat nie sebab terpilih untuk memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh sebuah band yang terkenal di seantero ini.


Dalam meraikan kemenangan beliau timbul pula beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan kemenangan beliau ini disebabkan beliau telah menghantar 9 design artwork sedangkan peserta sepatutnya menghantar 1 design sahaja.

Ramai yang tidak begitu berpuas hati dan dikutuk hebat oleh designer-designer dalam negara mahupun diluar negara.Dari kontroversi ini aku membuat kesimpualn yang ramai jugak tidak berpuas hati dengan kemenanagn beliau.Aku rasa ini bukan silap beliau tetapi silap para juri yang mengadilinya.Lagipon dan nasib beliau menang nak buat macam mana kan?Bak kata pepatah "Tuah Ayam Nampak Dikaki,Tuah Manusia Siapa Yang Tahu"..Eh betol ke peribahsa aku ni.Haha.

Jadi Tahniah atas kemenangan beliau.Ini Menunjukkan ramai juga anak2 melayu kita yang berbakat dan boleh mengalahkan designer-designer luar.TAHNIAH!!!

Sumber :Majalah9, Howazzim, LinkinPark

Monday, June 27, 2011

The Best Workstation





























Yang mana 1 menjadi pilihan anda semua?

Thursday, June 23, 2011

Hari Yang Tak Hangat

Sori yer sebab lama dah tak update blog sebab agak busy sedikit kebelakangan ini.Hari ini paling tak hangat sebabnya aku mengalami kebengangan yang melampau ttengah hari tadi..Bukan bengang dengan orang tetapi bengang dengan machine ATM.

Macam nie hari nie aku ditugaskan untuk migrate Wireless Router dekat machine ATM di salah sebuah tempat membeli belah sekitar Cheras.jadi ada 2 machine ATM yang perludi Migrate kan, 1st ATM telah berjaya menukarkan wireless router di machine atm no. 1 tetapi tidak berjaya meng"UP" kan mesin tersebut asyik keluar ralat mesin didalam pembaikan pulih.

Okay pergi pulak dekat mesin atm no.2 nampak macam xda bg msalah dah skali bukak kabinet nak dissemblekan barang tersebut amek ko :

Gambar 1


Gambar 2
Bayangkan macam mana serabytnya wayar dalam tu begitu juga serabutnya aku tengok wayar tersebut.haha.Satu2 aku tarik keluar kemaskan balik wayar tersebut cabut dengan rasa bersabar sambil dalam hati membengkak menyalahkan sape la yang design wat die jadi begini.haha.

Akhirnya lepas siap semua pasang machine plak tak Up lagi pueh aku reset maesin atm dgn modem tp tidak berjaya jugak.selepas di check2 dan dibelek2 pada config rupenya ade kesilapan disitu.Rupanya aku tersilap router diatas patot letak pada atm ditingkat bawah dan ditingkat bawah patot diletakkan didalam gambar.Nasib baik boleh remote login and tukarkan sahaja config.

Finally machine berjaya di up kan dan masein dibawah juga telah up hoorey kalu x serabut abg mcm mna nak up kan mesin atm tersebut.Jadi lepas pasang xpayah la balik ofiz sebab da pukul 3 kalu balik ofiz pon kul 6 da nak balik dah jadi smbung la berjalan ditempat tersebut :D

Saturday, June 11, 2011

Our Downlaoder


 
Anda biasa mendownload premium download?Anda seorang pendownload yang tegar a.k.a kipas susa mati?Hari ni aku nak share dengan korang 1 website khas untuk pendownload premium dan pendownload kipas susa mati yang cukup tegar dalam aktiviti mendownload ini?

Anda tidak suka mendownload dari file hosting?anda tidak suka wait time dari file hosting yang kadang-kadang sehingga setengah jam anda terpaksa menuggu?
OurDownloader.com adalah jawapannya.Apa yang special nyer dengan website nie?dengan melalui website ini anda boleh menukarkan link-link seperti dari file hosting rapidshare, megaupload, fileserve, filesonic dan sebagainya dari download bias eke download luar biasa atau premium.

Hari ini saya nak share dengan anda website oour downloader ini

Apa yang ada dengan OurDownloader.com ini :

Ourdownloader menyediakan servis premium link download yang membolehkan anda memuat turun daripada 10 Filehost popular, seperti Megaupload, Hotfile, Rapidshare, Depositfiles, Filefactory, Uploading, Storage.to, Netload.in, Easy-share dan Fileserve. Proses download anda akan bermula dengan serta merta dengan hanya beberapa klik sahaja.

Bagaimana Proses Mendownload Dilakukan :

Dengan hanya memasukkan download link filehost yang anda inginkan ke dalam kotak teks yang disediakan dan klik generate!. sistem ourdownloader.com akan menghasilkan 'direct download link' untuk anda. Proses download anda akan bermula serta merta setelah anda klik 'direct download link' yang telah disediakan. sangat mudah!

Kelebihan Akaun Premium Ourdownloader.com
  • Generate lebih daripada satu link dalam satu masa.
  • Memiliki sistem server yang berkuasa tinggi yang mengekalkan kelajuan download ke tahap maksimum. sistem juga membolehkan file anda menyambung semula proses download yang telah dihentikan.
  • Boleh digunakan dan sangat sesuai digunakan bersama download managers.
  • Membolehkan anda generate link yang dikuncikan bersama password (Megaupload).
  • Membolehkan anda generate link daripada file folders daripada Megaupload.
  • Juga dilengkapi dengan a Divx Web Player viewer yang membolehkan anda menonton file video (via streaming) sebelum tamat proses download anda.
  • Sangat mesra pengguna.
  • Menyokong kelajuan sehingga 10Mbps
  • Turut juga menyediakan khidmat Reseller Program
Pakej-Pakej yang ditawarkan ialah :
  • 7 Hari - RM10
  • 30 Hari - RM30
  • 90 Hari - RM80
  • 180 Hari - RM150
 Komen penulis setelah beberapa kali menggunakan servis ini :
  •  Mesra pengguna. 
  • Value for money
  •  Selalu mendapat kelajuan maksimum,
  • Tempoh pengaktifan selepas pembayaran dalam masa yang singkat.
  • Kaedah pembayaran yang banyak seperti Paypal,Bank islam,Maybank dan CIMB.
  • Dan sangat berpuas hati dengan ourdownloader.com ini
Diantara Testimoni oleh pengguna yang lain :
  • · “ourdownloader mmg tools yg kena ada la kat kaki download yg tegar ni."
  •  “service ni mmg best la.jimat.sng je.mmg betul la.ak da try la.korg bila lg?”
  • “Terbaiklah lah benda ni.downlod laju dan byk pilihan.boleh donlod koleksi2 yg dimahukan.sile cube tnpa was-was.”
  • “Fulamak bro..mmg best benda alah ni...menjimatkan..praktikal...aku dah try guna...nampaknya...aku akan sambung lagi utk expired yg lebih lama lps ni...”
Jadi anda bila lagi ingin mencuba service ini.
Selamat Mencuba ~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails